KETUA BIRO PENERANGAN ABIM TAMPIL DALAM DEBAT HAK ASASI, BERSAMA DUTA SWEDEN

18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang diperjuangkan oleh WADAH-ABIM-PKPIM; Saudara Adli Zakuan Zaira (Exco Penerangan ABIM Pusat), tampil dalam program debat dengan topik "Human Rights: Sweden and Malaysia Experiences

Beliau tampil di pentas debat bersama Yang Terutama Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Sweden ke Malaysia anjuran Institut Pemikiran Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia bersempena Hari Hak Asasi Manusia 2016

Saudara Adli mengupas berkenaan hubung kait agama dan kebudayaan terhadap perlaksanaan hak asasi manusia; khususnya berkenaan konsep keadilan dalam Islam

Beliau menegaskan bahawa, "Hak asasi manusia sangat penting untuk kita; sebagaimana kita perlukan udara, air dan sebagainya

Hak asasi membolehkan seseorang insan berfungsi sepenuhnya sebagai manusia

Penindasan terhadap hak asasi manusia; adalah penindasan kemanusiaan dalam jiwa insan."
Para pendebat berkongsi pendapat dalam hal kepentingan perlaksanaan good governance atau tatakelola yang baik dalam sesebuah pemerintahan; serta bagaimana hak asasi manusia dan pertanggungjawaban saling berikat rapat.
72 likes
  • abim.malaysiaKETUA BIRO PENERANGAN ABIM TAMPIL DALAM DEBAT HAK ASASI, BERSAMA DUTA SWEDEN

  • jufitrijohaWah tak sebut pun nama MBM sebagai penganjur bersama
Log in to like or comment.