Kami mengambil maklum respon banyak pihak berhubung beberapa tips untuk wanita yang dipromosikan semasa berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melalui poster-poster yang telah disiarkan di media sosial kami. Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah. Pihak kami menghebahkan tips harian dan mesej positif dalam media sosial dengan kempen #wanitacegahcovid19 merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita. Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita 31 Mac 2020